Tuesday, 13 September 2011

Im backkk..Still mood raya...!!!

Helloooo........guys.................

Lamanya saya bercuti sampai tak ingat nak tulis blog....maklumlah sepanjang cuti sem selama 3 bulan maka blog aku pon cuti 3 bulanlah nampaknya...(ramai yang tertanya saya dah aktif ker....lalala...popularkah saya....whatever..!!! )

Now im backkkk....macam2 story yang saya nak story kat korang semua ni....( dengar2 kan lah...lalalala..)..

Sekarang kita masih di bulan syawal bulan yang mulia...walaupun dah hari yang ke 15...dah separuh bulan dah namun masih mood raya lagi...di radio pun masih berkumandang lagi lagu2 raya.....dan salah satu lagu raya yang saya minat....agak2 unik sikit....SENANDUNG HARI RAYA....best tau...korang dengar lah...

        Sebenarnya lagu senandung hari raya ni di nyanyikan oleh dayangku intan....cubalah korang dengar ye.


Seronok sangat beraya sampai lupa nak wish kat korang semua..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat.

Perrghh.. gila lambat nak wish. sorry ye semua.. ampun.. ampun pak ampun... hehehe

Kami sibuk sangat beraya dan raya ke2 dah bekerja sudah..

Sempena hari raya ni saya nak menyusun 10 jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah dan silap...terlanjur kata tersalah laku atau ada coretan saya yang menyinggung perasaan anda selama ni.... Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja saya minta maaf.
 
 
Kesalahan atau dosa kita dengan Allah kita boleh mohon ampun dengan Dia.... tapi kesalahan sesama manusia adalah antara kita dengan manusia tersebut.... Oleh itu, jika kita ada buat salah kat sesiapa lebih baik kita minta maaf cepat-cepat dekat orang tu (personally).... Bermaaf-maafan kan sifat yang mulia..... kenapa perlu takut atau ego untuk mohon maaf atas kesilapan kita sendiri?

tahukah anda jika kita buat sesuatu kesalahan terhadap seorang individu dan tak minta maaf (ketika di dunia) atau individu tersebut tak memaafkan kesalahan kita tu.... jenuhlah kita kena cari dia nanti kat Padang Masyar untuk minta keampunan atas kesalahan kita tu..... Kita tak tahu bila ajal akan sampai jadi.... its better to be safe than sorry.
 
 
 
 
Dosa atau kesalah kita yang paling simple, common and mudah adalah dosa mengumpat. buat ketupat raya tu bagus tapi jangan la "buat ketupat" lain. iaitu mengumpat. memang kita tak lari dari mengumpat tentang orang lain secara sengaja atau tidak sengaja, sedar ataupn tidak tapi ingatlah,
 
 
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"(Hadis riwayat Abu Daud)
 
 
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
 
 
Tidak lupa juga dosa kita menyebarkan FITNAH kepada sesama manusia.
 
Fitnah tu lagii la teruk dari mengumpat.
 
 
Maaf sekali kalau apa yang saya coretkan ini menyinggung mana-mana pihak. bukan ingin bersyarah tapi ini juga peringatan buat diri ini. jadi sama-samalah kita cuba perbaiki diri ni jadi lebih baik dari sebelumnya. kalau boleh, mulakan dengan meminta ampun dengan kedua ibu bapa kita setiap kali kita nak tidur.
p.s: Sambil-sambil beraya atau kutip ampau tu hulurkan tangan dan mohon maaf kepada individu tersebut. tak kiralah kita ada buat salah atau tidak ;)
 

No comments:

Post a Comment