Tuesday, 13 September 2011

Im backkk..Still mood raya...!!!

Helloooo........guys.................

Lamanya saya bercuti sampai tak ingat nak tulis blog....maklumlah sepanjang cuti sem selama 3 bulan maka blog aku pon cuti 3 bulanlah nampaknya...(ramai yang tertanya saya dah aktif ker....lalala...popularkah saya....whatever..!!! )

Now im backkkk....macam2 story yang saya nak story kat korang semua ni....( dengar2 kan lah...lalalala..)..

Sekarang kita masih di bulan syawal bulan yang mulia...walaupun dah hari yang ke 15...dah separuh bulan dah namun masih mood raya lagi...di radio pun masih berkumandang lagi lagu2 raya.....dan salah satu lagu raya yang saya minat....agak2 unik sikit....SENANDUNG HARI RAYA....best tau...korang dengar lah...

        Sebenarnya lagu senandung hari raya ni di nyanyikan oleh dayangku intan....cubalah korang dengar ye.


Seronok sangat beraya sampai lupa nak wish kat korang semua..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat.

Perrghh.. gila lambat nak wish. sorry ye semua.. ampun.. ampun pak ampun... hehehe

Kami sibuk sangat beraya dan raya ke2 dah bekerja sudah..

Sempena hari raya ni saya nak menyusun 10 jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah dan silap...terlanjur kata tersalah laku atau ada coretan saya yang menyinggung perasaan anda selama ni.... Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja saya minta maaf.
 
 
Kesalahan atau dosa kita dengan Allah kita boleh mohon ampun dengan Dia.... tapi kesalahan sesama manusia adalah antara kita dengan manusia tersebut.... Oleh itu, jika kita ada buat salah kat sesiapa lebih baik kita minta maaf cepat-cepat dekat orang tu (personally).... Bermaaf-maafan kan sifat yang mulia..... kenapa perlu takut atau ego untuk mohon maaf atas kesilapan kita sendiri?

tahukah anda jika kita buat sesuatu kesalahan terhadap seorang individu dan tak minta maaf (ketika di dunia) atau individu tersebut tak memaafkan kesalahan kita tu.... jenuhlah kita kena cari dia nanti kat Padang Masyar untuk minta keampunan atas kesalahan kita tu..... Kita tak tahu bila ajal akan sampai jadi.... its better to be safe than sorry.
 
 
 
 
Dosa atau kesalah kita yang paling simple, common and mudah adalah dosa mengumpat. buat ketupat raya tu bagus tapi jangan la "buat ketupat" lain. iaitu mengumpat. memang kita tak lari dari mengumpat tentang orang lain secara sengaja atau tidak sengaja, sedar ataupn tidak tapi ingatlah,
 
 
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"(Hadis riwayat Abu Daud)
 
 
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
 
 
Tidak lupa juga dosa kita menyebarkan FITNAH kepada sesama manusia.
 
Fitnah tu lagii la teruk dari mengumpat.
 
 
Maaf sekali kalau apa yang saya coretkan ini menyinggung mana-mana pihak. bukan ingin bersyarah tapi ini juga peringatan buat diri ini. jadi sama-samalah kita cuba perbaiki diri ni jadi lebih baik dari sebelumnya. kalau boleh, mulakan dengan meminta ampun dengan kedua ibu bapa kita setiap kali kita nak tidur.
p.s: Sambil-sambil beraya atau kutip ampau tu hulurkan tangan dan mohon maaf kepada individu tersebut. tak kiralah kita ada buat salah atau tidak ;)
 

Saturday, 7 May 2011

Tips mengingat ketika EXAM !

Hai...wassup ! wassup !...yaa in the house !...Kita berjumpa lagi di hari yang indah ni...cewaaaah.....Hari ni aku taknak berleber panjang-panjanglah...sebab aku dah jadi baik..huhu...Hari ni aku nak bagi korang semua tips yang paling judahlah nak mengingat masa membaca nak-nak pula sekarang musim exam.....memandangkan banyak benda yang kita nak cover masa study kadang-kadang sampai stress giler.....tol tak???...selaunya time nak exam nilah ayat korang selalu cakap: 

“Kenapa apa yang aku baca ni susah nak ingat?” 

“Kenapa apa yang dulu dah baca, tapi bila dah dekat-dekat nak exam ni dah lupa dah?” 

“Urghhh, semalam dah baca, hari ni dah lupa dah!”, dan banyak lagi soalan-soalan yang timbul yang membuatkan kita “frust”.

Haa.....apa lagi yang di tunggu....baik korang follow je tips aku ni ok....

  • Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? aku yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmu-ilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu.


Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikh exam.



  • Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.


Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari.


Contohnya: Isnin – Pneumonia, Selasa – COPD, Rabu – Asthma, Khamis – Pulmonary Embolism, Jumaat – Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepada system yang lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca.



  • Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistemcardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.


  • Belajar menggunakan pelbagai deria.
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang aku baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik dan juga boleh belajar di kawasan yang menenangkan contohnya di kawasan air pancut sebabnya suasanya tentu damai.


Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar. Aku yakin, teknik ini mungkin tidak berkesan kepada semua, tapi insyaAllah kepada sesiapa yang masih tercari-cari cara untuk mudah mengingat, bolehlah mencuba teknik ini sama ada sesuai dengan anda ataupun tidak.



  • Menggunakan imej-imej sebagai bantuan.
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi dan lain-lain daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan saya di sini berkaitan kucing tersebut.


Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. Contohnya dahulunya gunakan teknik  belajar untuk mengingat fakta-fakta anatomy tubuh badan manusia. Anatomy tubuh manusia sememangnya sangat kompleks ditambah lagi dengan nama-nama setiap organ dan tisu-tisu dalam badan manusia ini dinamakan dalam bahasa latin, ini membuatkannya lebih susah untuk dihafal. Selalunya akan lukiskan kembali bahagian tubuh yang cuba untuk hafal tersebut dalam rajah skema yang sangat ringkas diatas kertas A4, kemudian cuba untuk mengimbas kembali buku anatomy berserta gambar rajah skema  di sebelah. Bila kita membaca teks buku anatomy tersebut, kali ini  cuba untuk gambarkan rajah skema tersebut dalam minda kita, sambil baca sambil buat connection kepada rajah skema tersebut (dalam kepala), dan alhamdulillah ianya lebih mudah melekat dalam memori kita daripada hanya membaca teks buku sahaja.



  • Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan.
Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat anda ingat dalam memori anda.


Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat, bila badan tak sihat, nak belajar pun asyik mengantuk . Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster dan sebagainya. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.


  • Manfaatkan masa yang ada sebaiknya.
Antara sebab kenapa kadang-kalanya kita tidak dapat mengingati ilmu-ilmu yang telah kita pelajari ialah kurangnya masa yang kita peruntukkan untuk mengulangkaji pelajaran dan kita tidak memanfaatkan masa yang kita ada dengan sebaikya. Kita banyak menghabiskan masa-masa lapang kita dengan membuat perkara-perkara yang merugikan dan tidak bermanfaat kepada diri kita. Kita mampu menghabiskan tiga atau empat jam dengan bermain komputer games atau melayari kartun-kartun anime di komputer, tetapi kita merasa malas untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran. Kita menghabiskan sepanjang hari dengan bermain play station atau Dota di komputer, tetapi jarang kita habiskan masa seharian kita untuk kita ulangkaji pelajaran yang telah kita pelajari di universiti pada hari tersebut. Kita hanya akan tunggu untuk membuat ulangkaji apabila hanya tinggal beberapa minggu atau hari sahaja lagi sebelum exam bermula.


Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau perdana menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.



  • Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah.
Amat mengkagumi mereka yang mampu menghafal sebuah al Quran. Menghafal al Quran bukannya mudah. Menghafal al Quran adalah menghafal perkataan demi perkataan tanpa salah atau silap sedikitpun. Tidak sama seperti kita menghafal buku-buku rujukan sains, kita hanya mengambil intipatinya sahaja, tidaklah kita menghafal perkataan satu per satu.


Ilmu ini juga milik Allah. Allah yang layak umtuk memberi ilmu ini kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Ikhlaskan niat kita untuk kita gunakan ilmu ini kepada kebaikkan, insyaAllah Allah akan membantu kita untuk mudah kita mengingat.


Para hafiz al Quran, antara tips yang memudahkan mereka menghafal al Quran ialah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seharian. Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih hati. Kata Imam Syafie, “Ilmu ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk memasuki hati-hati yang dipenuhi oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”. Elaklah daripada melakukan dosa kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita, dan menyukarkan kita untuk mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.



  • Nota ringkas atau mind-map.
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita menghadapi peperiksaan. Kalau kita sempat, semasa kita mengulangkaji pelajaran, cubalah untuk membuat nota seringkas yang mungkin untuk jadi rujukan kita kemudian sebelum peperiksaan nanti. Nota-nota ringkas in hanya sebagai recap sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.



OK, aku sekadar ingin berkongsi  tips (supaya anda tidak lupa!) iaitu apabila anda ingin mengingat sesuatu, TANAMKAN DALAM DIRI ANDA, MINDA ANDA DAN HATI ANDA YANG ANDA MEMANG MAHU INGAT PERKARA TERSEBUT!!!



Niat untuk ingat, dan padatkan dengan gambaran objek di sekitar anda!


Selamat mencuba!

Tuesday, 19 April 2011

Amir "Maharaja lawak" di puji oleh peserta lain dengan TDDMKA.

Sebenarnya aku dapat isu ni dalam sebuah blog tuttttt.....and aku rasa aku patut share ngan korang semua..huhu...Kalau korang perasan lah setiap kali si amir ni wat lawak mesti kene kutuk ngan juri..tapi asal dia tak kuar-kuar lagi kan... 

(sebabnya pengundi die ramai..hehe..korang tak caye...cube korang tengok bawah ni)






 Anonymous said...
        ak marah ni..amir peserta ML kegemaran aku kot..TDDMKA




amer @ ijjad said...
         ngah3~~~~smart!
         April 16, 2011 11:06 PM
 
 
 
The Typewriter said...
amir is the best!!! ok, saper nak pukol aku, leh pukol skrg.hahaha
 
 
 
 
 
mizz_faeeza said...
hehehe...LAWAK
  
 
 
 
 Shairazi Saidin said...
WOI!! APASAL KO KUTUK AMIR? DIA PESERTA TERBAIK KOT!!! TDDMKA!!! NICE BRO!
 
 
 
 
 
 
 
cikpia said...
aku rasa memang kejuaraan amir selaku maharaja lawak takleh disangkal lagi..... TDDMKA.
 


 
The Lady & Mr Vampire said...
haha.. amir superb.. TDDMKA


Sekarang ko caya tak yang sememangnye amir ni ramai peminat...korang tengoklah peminat dia marah giler kentang pada siapa-siapa yang kutuk dia....Mesti korang tertanya-tanya mane aku dapat semua ni..haha..semuanya rahsia..adalah dari sumber-sumber yang boleh di percayai k....korang tak payahlah nak pening-pening fikirkan..korang layan je sudah...huhuhu

 Tapi bila fikir-fikir balik.....

 Kesian lorrr....

Kesian amir, kene bahan pon tak tahu semata-mata sebab tak taw TDDMKA tu aper. korang tahu tak TDDMKA tu aper?? kalau tak taw, tengok bawah sekali.. 



Korang caya ke  yang kat atas tu..hahaha..aku pun tak tahu...Yang ni pun aku dapat dari sumber-sumber dari tuuttttt..cuba korang tengok semua peserta sokong amir kan...tapi apa-apa pun aku tetap penyokong SEPAH ok..haha...

Kalau korang nak tahu apa tu TDDMKA tu..  

TDDMKA stand for Tangan Di Dada, Mata Ke Atas..Korang tengok gambar di bawah ni tulah maksud for TDDMKA..!

Nampak tak maksudnya..tangan di dada, mata ke atas..kan si amir tu suka wat gini time die wat lawak...perasan tak??

Ni contoh yang kedua..

Ok habis for entry ni...

Sebenarnya aku saja-saja nak berkongsi ngan korang tentang si amir ni..walaupun aku tak minat amir ni..tapi kadang-kadang kesian gak tengok dia kan...kalau wat lawak mesti die gelak sorang-sorang..bukannya orang gelak kat dia..tu tak pe lagi..time juri komen nampak sangat yang juri ni tak suka dia...

Sabar je lah ko amir...

So harap korang terhibur...!

Tak  sabar nak update entry baru..!

Monday, 18 April 2011

Pengakuan curang-'saya layan 3 lelaki'

Semalam duk bilik sorang-sorang.... Roomate dah berapa hari dah tidur bilik kawan dia..tinggal aku sorang-sorang...arghhh...borim giler lah.... My mr.orlando plak kuar dengan kawan-kawan die konon-konon masuk rumah hantu...(dengki sebenarnya tapi tak nak masuk..haha). Nak main fb, boring...dah tak ada apa dah dengan fb tu..hari-hari benda yang sama je..aku like ko..ko like aku..aku komen ko..ko komen aku..... Line pulak laju.... Maybe sebab ramai yang tak ada. So apa lagi??? aku suruh kawan aku merangkap 'abang' aku..hazim datang bawa barang yang aku nak tu...barang apa ekk....??? yang ni lah aku nak story mory hari ni...

Hari ni statement memang killer lah..kalau lah mr.orlando aku baca...ish2..mahu perang besar..haha...apa lagi lepas hazim tu datang dan bagi aku barang tu..aku terus cepat-cepat bawa masuk dalam bilik...wah...keboringan aku terus hilang...haha...aku tak sabar nak layan benda tu...haha...
 
 Apa yang aku layan?

Opkos la maharaja lawak musim pertama ni.

Siapa yang aku layan?

mestilah 3 lelaki yang lawak tak ingat siapa lagi kalau bukan kumpulan sepah....haha...tulah maksud aku tadi 3 lelaki tu kumpulan sepahlah..and yang benda kawan aku bawa tadi adalah pendrive dalam tu ada maharaja lawak episod 3...hahaha..gimik siap..haha
Dasssyaattt!

 Ni lah 3 lelaki yang aku layan....haha...tapi yang penting tak leh lawan my mr.orlando..huhu

Setiap episod sepah ni wat lawak memang kelakar giler...lawak si sepah ni semuanya lawak gelak tak ingat tak macam sesetengah pelawak wak lawak tapi die yang ketawa sendiri..haha....siapakah???...lu pikir lah sendiri!..Aku sampai ulang banyak kali time si sepah ni wat lawak..haha..memang tak jemu di buatnya..yang stress tadi boleh hilang teruslah...bak kata ahmad idham..SEPAH THE BEST!

Sepah episod 1...best...lawak giler!

Sepah episod 2...skrip lawak tak ingat...sepah memang sempoi!
 
 Sepah episod 3..ni lawak sepah yang paling dasssyattt!..haha...tema muzikal..kalau korang takcaye..tengoklah..haha

Apa-apa pun Sepah tetap di hati..!!! wah statement penuh kontroversi..!

Alamakk.. Aku lupe!!!

Aku lupa aku dah ada boipren!!

Ca alif but.. Caaabbbutt!!!












Friday, 15 April 2011

Naikkan jem di blog dengan ayat skema !

Kalau korang perasan kebanyakan ayat dalam entry saya menggunakan ayat skema atau ejaan penuh. betul tak? nak tahu kenapa?

bukan bermakna yang Yaa ni seorang yang skema.

mesti korang fikir.. "mesti Yaa ni dalam mesej dia pon guna ayat skema and eja panjang-panjang macam ayat dalam blog dia.. ewww... skema nyewww"
 
owh.. NO NO NO.. im not like that la dear..
 
Mungkin ramai yang tak tahu. ia merupakan salah satu cara untuk menaikkan traffic dan membuatkan ramai orang nak masuk dan baca blog kita..


Betul... ia merupakan SALAH SATU CARA UNTUK BUAT BLOG KITA ORANG SUKA NAK BACA.. suka dan senang nak baca.. sebabnyee????

1- SEARCH ENGINE. sebagai contoh kalau orang search kat google "cara membuat ikan goreng kunyit".. mana ada orang search "care wt ikn grg kunyet".. so kalau korang buat ayat short form dalam blog kan dah rugi tu.. kalau orang search then terus link ke blog kita kan secara tak langsung leh naikkn traffik blog. =D


2- UMUM.. kalau korang tulis guna ayat penuh kan senang difahami oleh siap peringkat usia. budak-budak, remaja, makcik-makcik or even nenek-nenek yg celik IT leh baca.. kalau blog kita ni boleh dibaca dan difahami semua lapisan masyarakat kan lagi ramai orang boleh faham n follow cerita kita.. ye dopp??


3- KEMATANGAN... kalau tulis short form eww eww atau "dy xske ar kitew wt blog tlis cmnie"..kan tak mengambarkan kematangan.. setuju tak? so adik-adik nak nampak matang dalam penulisan blog tak? cuba try ubah corak penulisan tu.. try n see the difference..

Saya personally kurang minat dengan org yg suka guna bahasa eww eww ni.. sebab kadang-kadang tu tak faham and senang jadi salahfaham.. kadang-kadang tu boleh jadi hilang mood nak baca entry bila banyak sangat short form yg pelik-pelik. sikit-sikit tu biasa la kan.. kita pon buat gak..hehe =)

Its all up to u.. saya just bagi pandangan je.. up to u guys la nak terima ke tak.. by the way, saya nak susun 10 jari kalau ada yg terasa hati yang entry saya ni.. harap dimaafkan kalau ada terkasar bahasa.. tak de niat pon.. betul..
 
Peace.. peace.. kacang peace~!! (ni confirm tak de orang nak google ni)


p/s: jangan lah adik-adik buat ayat skema cam nak jawab SPM kertas penulisan pulak ye? =p




Wednesday, 13 April 2011

|| Dinner : Mystery Night TNB ||

Fuhhhh.! agak lama saya menyepi dari menulis blog ni...maklumlah agak bz sikit sepanjang minggu ni di tambah lagi dengan demam yang baru baik ni...korang rindu tak ngan blog saya...haruslah kannn,....hehe..saya sememangnya amat rindu ngan blog ni...tak ada masa nak menulislah..haha...sekarang time to write about everything sepanjang saya cuti lama ni kan..

Tajuk arini macam best kan dinner...wah....first time aku g dinner malam tu...sebenarnya pada permulaannya aku tak tahu nak g ke x..sebab memandangkan tema pun mystery night...aku pening memikirkan baju apa yang aku nak pakai..so aku mane ada baju yang vogue gitu kan..So pada mulanya aku ingat nak pakai skirt dan baju biasa je...tapi saat- saat akhir ada dua orang kawan aku jumpa butik yang boleh sewa baju :

Rubi: mira aku jumpa gaun cantik-cantik kat tradewind jomlah kita tempah baju kat situ..

Nisha: aah mira...cantik mira...macam-macam gaun ada..kalau ko g mesti ko suke gaun warna hitam,putih...

Ish aku mikir gak...kot-kot kos die mahal maklumlah ujung-ujung sem bajet tak ada..

Rubi:baik kita sewa je mira coz kos die pun murah...gaun saja RM tuuutttt....mekap  RM tutttt.....(haha...harga tak boleh di sebut..kantoi nanti...haha)

aku pun setujulah...di pendekkan cerita....malam sebelum kami semua bertolak ke temapt dinner kul5 lagi aku dah g kat butik tu...sebab nak mekap lagi wat rambut lagi...macam biasalah mr.orlando aku yang anta...masa sampai tu :

aku:jangan terkejut tengok yaa pah ni erk..huhu

mr.orlando: eleh...mekap je dulu..nak tengok....

Setelah sejam aku bermekap-mekap...wat rambut...fuh...terasa macam artis plak...akak tu menyental-nyental muka aku macam apa daa...haha..lame tol die mekap letak tu letak ni....masa mekap tu aku tak tahu cam ne muka aku sebab aku tak tengok cermin....haha....lepas siap perkataan pertama kuar dari mulut aku..

"Ya allah..aku ke ni..nape lain sangat...ohh..tidak..tebalnye mekap..huahuahua.."

Ni lah hasilnya..lain giler kot muka aku masa ni..terkejut..haha..dan sebelah tu lah akak mekap aku..sebenarnye die cantik sangat tapi di sebabkan gambar ni kabur so tak nampak muka dia.

Lepas dah siap mekap apa lagi...aku suruk mr orlando aku datanglah amik aku..tak kan aku nak terkedek-kedek jalan sorang balik ke TNB malu giler....masa sampai je mr orlando aku:

 Die tengok aku macam terkejut tapi aku tak tahulah terkejut buruk ke terkejut cantik..hahaha

aku : abg...cam ne yaa mekap..ok x..ke over?

mr.orlando : macam antu je...(haha..die kate aku macam hantu..haha...macam hantu kak limahlah kot..haha)

Tapi tak pe aku tak amik hati pun...sebab dah mekap kan..nak wat camne..tapi sebenarnya sepanjang perjalanan ke hotel brasmana kuala perlis tu aku debar-debar gak..yela takut aku sorang je yang over kot..matilah aku..malu lah....tapi tak pe..aku redha je..minta-minta ada lagi yang over dari aku..huhu

Tepat pukul7.15 kami sampai di kuala perlis..sampai-sampai je turun je dari kereta semua orang duk tengok..malu giler masa tu...pelik..kenapa semua orang pandang..macamlah aku ni tak pakai baju kan2...hahaha...tapi aku wat bodo je..apa lagi keje aku..tangkap gambarlah..yang jadi mangsanya kawan aku rubi...dielah yang kene tangkap gambar aku yang bajet cun ni...haha...jom kita layannn,....
Hahaha...gedik giler aku kot masa ni..haha

With mr.orlando aku....smart tak die..hehe...smart kan..macam zorro...haha

Sampai-sampai je si budak-budak AJK tak bagi masuk lagi...wat penat je kami rushing..cakap pukul6 kena ada sana dah..apa dahhh...tulah janji melayu kan...ok2...di pendekkan cerita pukul8 baru kami masuk dalam hotel tu...wah..memang grand gilerlah...lepas dengar bebelan dari pengetua,si pengarah projek..apa lagi kami terus menyentap makanan yang ada malam tu..sampai nak pecah perut aku makan...haha..rugi bayar mahal-mahal kalu tak makn malam tu...malam tu aku makan spageti,laksa,nasi goreng,buah,ABC macam-macamlah..tu nasib baik aku tak makan kerang ngan lala..kalau tak..memang aku sentap semuanya..haha...

Macam-macam acaralah malam tu dorang wat...ada cabutan bertuah(tapi tak kene pun..haha..sipi-sipi je nak kena ngan no aku malam tu..tak pe tak ada rezeki malam tu..),fashion show,nyanyi,kotak beracun dan banyak lah....tepat kul11.15 semuanya dah selesai..tapi kami tak balik lagi...sesi bergambar dah nak mula ni....haha..banyak giler aku tangkap gambar...jom kita sama-sama layan ok.....

Cantik tak mask kami ni???

Muka kami yang tengah kenyang ni..haha...sonok-sonok dapat makan...

Apa lagi..peace dulu sebelum makan..muka mr.orlando kelaparan time tuh...huhu


 Masa sampai depan Kolej..aku pun turun dari kereta...tiba-tiba mr orlando aku panggil aku die cakap:

Mr.orlando : yaa comei malam ni...

Aku: yeke....abg pun ensem malam ni..(masa tu jantung tiba-tiba jadi laju je..haha...dapat pujian dari yang tersayang...huhu..t sayam..)



So..apa yang boleh aku katakan...Dinner memang grand...aku puas  hati sangat ngan dinner kali ini...makan puas,acara pun best..semuanya bestlah..aku suka sangat..kalau ada dinner lagi aku memang akan g lah...sem depan dinner MOT plak...confirm aku g..huhu...

So sampai di sini sahaja tuk entry kali ini...semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang..!

Harap maklum..!

















Wednesday, 30 March 2011

|| Rupa vs Bakat ||

Rupa vs bakat....apa dia yang aku nak citer ni sebenarnya...sebenarnya aku amik masa yang agak lama nak fikir topik yang aku nak wat hari ini...tiba-tiba idea kuar macam mentol lampu..lip lap..lip lap..huhu...macam beselah topik ni aku khas kan tuk artis lah..kalau setakat orang bese ni wat penat je aku nak tulis..korang bukan kenal pun kan..tol x???..haha...

Sebenarnya mana yang penting..bakat ke rupa...orang zaman sekarang ni kalau tak ada rupa...jwb nye kirim salam lah..memang tak dapat..nak minta keje ke..apa-apa ke...kalau yang dahi licin tu yang hensem-hensem tu laju je kan..tapi kalau setakat rupa je ada tapi hampeh tak guna juga kan...tapi tulah sekarang ni orang lebih tengok rupa dari bakat..kalau yang masuk rancangan realiti tu yang rupa tak seberapa tapi sore sedap..last-last kua juga..yang rupa ada tapi sore tak ada kekal sampai final..pelik tol..hhuhu...cam ne nak maju industri kita ni.;...(wahhh...aku cakap macam aku ni artis je..haha...)tak pe..jom aku nak share antara artis yang ada rupa vs bakat ni..jom zaaassssssssssssss...............


1) AYU (OIAM)

Mesti ada sesetengah korang tak kenal dia ni kan...haha...meh aku nak story sikit....dia ni artis suam-suam kuku lah juga lah...dia ni juara one in a million..(ala yang masa ada si sarah ngan shila tuh..yang artis pun boleh kalah ngan dia ni..)..suara dia memang superb lah...tapi sayang di sebab kan rupa dia dia terus senyap lepas menang program tuh...(bukan aku cakaplah..dulu ada artikel tulis sal dia ni...orang kata dia tak boleh naik sebab rupa dia..)ish2...terukkan perspektif orang malaysia ni...cuba tengok kat luar negara bersepah-sepah artis berkulit gelap macam ayu ni tapi ok je...lagi popular apa kan...kalau korang tak caya..cuba dengar lagu dia "hanya di mercu" kalau tak..tak kan dia leh menang program sejuta tu wesh....kesian ko ayu...tak pe...duk umah jaga anak jelah erk...


2) DAFI

Dulu memang aku minat giler ngan si dafi ni....first aku tengok dia masa af terus aku minat...biarpun suara ala-ala kadar je...tapi lama-lama aku rasa bese je ngan si dafi ni..lama-lama langsung aku tak minat...hahaha...si dafi ni suara dia bukan sedap mana pun..bese je...tak pernah pun dengar dia nyanyi part yang tinggi...semenya part rendah-rendah jer...dafi ni harap kan muka je...nak pula ayah dia menteri..lagilah budak-budak pompuan minat kat dia ni...(jahatnya aku...haha....)aku bukan condem si dafi ni..tapi benda betul..suara dafi ni tak layak jadi artislah...kalau karaoke box boleh lah...kalau tak caya dengar lagu dafi tuh....



3) LIYANA JASMAY

Aku suka si LJ ni..tapi bukan sebagai penyanyi lah...kalau berlakun memang best dia ni...tapi kalau penyanyi aku rasa baik tak payah kot...sebab suara dia memang tak sedaplah...macam suara budak 5 tahun je nyanyi....(sedap lagi suara aku..huhu) sebab tu lagu si LJ ni macam lagu kanak-kanak riang..tapi lagu dia memang popular...selalu main kat radio...untung si LJ ni..yelah ada rupa..tak hairanlah lagu dia ni popular kan..Tulah si LJ ni orang nak nyanyi dia nak nyanyi..huhu..sorilah LJ i memang tak minat u nyanyi..huhu...(macam lah dia minat aku..haha...xpe2 wat macam dia minat aku je..haha)


4) BOB AF

Yang ni lagi sorang artis suam-suam kuku...amboi korang mentang-mentanglah si bob badan dia tutttt...korang tak minat lah erkk...kalau suara tak sedap tapi muka hensem korang suka lah kan..hahaha...suara si bob ni memang superb lagi lebih baik dari si dafi tu...pernah masa af dulu si kudsia kahar (tauke radio era) menangis dengar si bob ni nyanyi..kalaulah suara dia ni tak superb tak akan malaysia ni g anta dia bertanding kat luar negara..(kalau anta si dafi ni g...confirm-confirm tak dan nyanyi juri dah suruh balik malaysia..haha)....kalau korang tak caye..korang tengok gambar bawah ni..korang tengok si bob ni dengan kemenangan besar dia..


Ni lah antaranya artis kita yang ada rupa tapi tak ada bakat....yang tak rupa ada bakat pula...so korang rasa macam mana..ada artis lain tak..kalau ada apa kata kita share sama-sama ok....

Nantikan update terbaru yep...

Sekian..