Friday, 15 April 2011

Naikkan jem di blog dengan ayat skema !

Kalau korang perasan kebanyakan ayat dalam entry saya menggunakan ayat skema atau ejaan penuh. betul tak? nak tahu kenapa?

bukan bermakna yang Yaa ni seorang yang skema.

mesti korang fikir.. "mesti Yaa ni dalam mesej dia pon guna ayat skema and eja panjang-panjang macam ayat dalam blog dia.. ewww... skema nyewww"
 
owh.. NO NO NO.. im not like that la dear..
 
Mungkin ramai yang tak tahu. ia merupakan salah satu cara untuk menaikkan traffic dan membuatkan ramai orang nak masuk dan baca blog kita..


Betul... ia merupakan SALAH SATU CARA UNTUK BUAT BLOG KITA ORANG SUKA NAK BACA.. suka dan senang nak baca.. sebabnyee????

1- SEARCH ENGINE. sebagai contoh kalau orang search kat google "cara membuat ikan goreng kunyit".. mana ada orang search "care wt ikn grg kunyet".. so kalau korang buat ayat short form dalam blog kan dah rugi tu.. kalau orang search then terus link ke blog kita kan secara tak langsung leh naikkn traffik blog. =D


2- UMUM.. kalau korang tulis guna ayat penuh kan senang difahami oleh siap peringkat usia. budak-budak, remaja, makcik-makcik or even nenek-nenek yg celik IT leh baca.. kalau blog kita ni boleh dibaca dan difahami semua lapisan masyarakat kan lagi ramai orang boleh faham n follow cerita kita.. ye dopp??


3- KEMATANGAN... kalau tulis short form eww eww atau "dy xske ar kitew wt blog tlis cmnie"..kan tak mengambarkan kematangan.. setuju tak? so adik-adik nak nampak matang dalam penulisan blog tak? cuba try ubah corak penulisan tu.. try n see the difference..

Saya personally kurang minat dengan org yg suka guna bahasa eww eww ni.. sebab kadang-kadang tu tak faham and senang jadi salahfaham.. kadang-kadang tu boleh jadi hilang mood nak baca entry bila banyak sangat short form yg pelik-pelik. sikit-sikit tu biasa la kan.. kita pon buat gak..hehe =)

Its all up to u.. saya just bagi pandangan je.. up to u guys la nak terima ke tak.. by the way, saya nak susun 10 jari kalau ada yg terasa hati yang entry saya ni.. harap dimaafkan kalau ada terkasar bahasa.. tak de niat pon.. betul..
 
Peace.. peace.. kacang peace~!! (ni confirm tak de orang nak google ni)


p/s: jangan lah adik-adik buat ayat skema cam nak jawab SPM kertas penulisan pulak ye? =p




No comments:

Post a Comment