Friday 25 March 2011

CUSTOMER yang aku benci bila BEKERJA

Hohoho tajuk entri memang pendendam..... well tak lama lagi aku akan sibuk mengusakan bisnes-bisnes....(macam bisnes besar sangat kan..haha)  mengusahakanlah sangat padahal pekerja bawahan je KAHKAHKAH gaji pun tarakkkkk..... biasalah menolong secara ikhlas kan tapi masalahnya ikhlas ke? puih puih.
Ekceli selalunya  setiap harilah aku  ligat jaga kedai my family.... so dari situ aku dapat tengok banyak gile gelagat customer yg sangat annoyink dan hell wakakaka...... kekadang terasa nak menyumpah sopan pun ade tapi apakan daya diorang customer so aku buat muka ala-ala penyayang secara hipokrit gitu walau dalam hati nak cakap *hei belahhhhh....syuh2...hehe... dari sini sila pergi makan kat tempat lain buat menyakitkan hati je huh*

meh meh aku nak kongsi sikit sila jadikan tauladan lalalala.

1) JENIS YG TAK HORMAT PEKERJA

haaa yg ni aku paling menyampah...... customer hembus asap rokok fuhhh fuhhhh kat muka kitorang time masa nak order memang rasa nak lempang je kan ..... yes ini selalu berlaku oke lebih-lebih lagi customer lelaki......  mane tahu kot-kot telinga tersumbat ke masa tu kan hik hik hik...... lebih-lebih lagi kalau pekerja baru bila ramai customer feel tu memang gugup sikit...... so faham jelah kitorang bukan sengaja nak marah-marah kan..... janganlah biadab sangat kata rakyat malaysia penuh dengan kesopanan dan kesusilaan kan huh mencik betul aku.


2) DATANG LAMBAT TAPI NAK MAKANAN CEPAT DARI CUSTOMER LAIN YANG DATANG LEBIH AWAL 
Ni jenis customer yang aku tak suke lah....   baru je order 15 minit pastu sibuk-sibuk datang kat kaunter tanya  :
"dik, makanan lambat lagi ke sampai ni aku tunggu dah dekat sejam dah ni hei lembab betullah kedai ni"
 Wesh  kau tu dahlah datang lambat dari orang lain nak makanan cepat pulak huhuhu! tunggulah giliran kau bil-bil kat dapur tu banyak lagi haaaaa kalau kau nak cepat pergilah kedai yg takde customer gerenti cepat kau dapat makan kan ni dah tahu kedai ni penuh customer kau datang jugak bertempek nak makan kat sini pastu nak cepat-cepat pulak memangtak dapt den nak nolongnya..huhu


3) DATANG RAMAI-RAMAI PULUN 3,4 MEJA TAPI ORDER AIR KOSONG JE

kalau yg spesis ni biasanya remaja-remaja lelakilah. ops ops.... lebih-lebih lagi time bolaaaaa memang menjadi feveret kan kan kan..... (maklumlah kedai aku je yang ada tv..haha) hei pelislah kalaulah camni keadaannya memang lingkuplah bisnes huhuhu! ramai lagi customer yg nak makan tapi dah korang pulun semua meja memang larilah customer lain. kan takde untunggggg dah kan. kalau setakat datang lepak berjam-jam pastu order air kosong je baik korang lepak kat rumah ramai-ramai lagi beshhhh.....  lu fikirlah sendiri nabil nak tengok bola kat mane-mane restoran jangan order air kosong je orderlah jugak nasi ayam ke hik hik hik biarlah berbaloi-baloi aku pasang astro untuk korang tengok bola.

4) DATANG2 DAH ORDER MAKANAN, 2 MINIT PASTU ORDER MAKANAN LAIN, 5 MINIT KEMUDIAN ORDER MAKANAN LAIN PULAK, 10 MINIT, 30 MINIT TAMBAH MAKANAN LAIN LAGI

Tak boleh ke korang order sekaligus? letihlah  nak layan customer camtu..... kalau sekali dua takpelah ni kalau 4,5,6,7,8 kali? ape korang ingat korang je ke customer kat sini ramai lagi tau customer yg aku nak layannnnnnnn!


5) AKU TAK SUKE AMBIK ORDER DARI CUSTOMER LELAKI

sebabnya? GATAAAAAAALLLLLLLL !


dah panjang kot aku membebel. kalau korang tak gheti lagi aku tak tahulah nak cakap ape lalalalalalala kami hormat customer kami tapi tolong jangan bersikap annoyink boleh? hilang sabar tau....

So..see you...selamat membaca..huhu

No comments:

Post a Comment