Monday 28 March 2011

5 lagu yang aku suka!!!

Kalau entry sebelum ni aku telah senaraikan 5 lagu malaysia yang paling aku tak suka...(kcian lagu-lagu tuh..huhuhhu) sekarang aku nak senaraikan 5 lagu yang aku suka...nak tau kenapa aku tak kata 5 lagu malaysia...sebab bukan semua lagu malaysia ku suka...aku suka campur-campur..haha...kalau ada yang kita tak suka mesti ada lagu yang kita suka kan....kalau aku dengar lagu confirm aku akan repeat sampai aku puas dengar...haha..

sampai kwn aku kata ;

"ko ni dah habis lagu ke pasang...asyik-asyik lagu ni bingit lah....."

Ahh....aku tak peduli..yang bingit telinga dia bukan telinga aku kan...haha...dah aku suka dengar ikutlah nak dengar bape kali pun..(jangan tiru aksi ini..kerana ia boleh mengundang pergaduhan..haha)..jom kita layannn....

1) MY HEART - ACHA & IRWANSYAH

Jiwang karat kan???..hahaha...aku suka lagu ni sebab lagu ni memberi makna pada aku....dari sek men sampailah sekarang aku tak jemu-jemu dengar lagu ni..Biarlah lagu ni aku dah ulang 10x pun aku tetap akan ulang dan ulang sampailah aku muntah..haha...kalau aku dengar lagu ni kat pasaraya ke..aku sanggup tak g mana-mana sebab nak dengar lagu ni...(padahal dalam fon ada,laptop ada..).. lagi 1 aku suka bangat sama IRWANSYAH ni dong....kapan ya guek bisa ketemu sama dia....aku bisa ngomong sih..(pandai tak aku cakap indon..haha)...ganteng bangat sih IRWANSYAH ni.....hehe...


sebelum tu aku nak share dengan korang gambar wedding IRWANSYAH ni..(kempunan aku...cewaaaah.)..bercinta dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain...tulah di namakan jodoh ALLAH kan...



2) TUJU-TUJU RINDU - ARROW

Ok ni lagu lama ni dalam tahun 90 an..sebelum-sebelum ni aku memang pernah dengar lagu ni...tapi aku tak pernah amik port pun kan..tapi selepas ada seseorang dedicate kan lagu ni tuk aku...dari hati aku yang keras masa tu..lebih keras dari batu (bergaduh besar jugalah masa tu..ahakkks.) bila dengar lagu ni terus jadi lembut macam kain sutera..haha...hebat tak penangan lagu ni...sampai sekarang aku suka lagu ni....kalau aku g karaoke ke ngan kawan-kawan lagu ni adalah lagu wajib aku nyanyi...cuba kita hayati lirik lagu ni memang best sangat..kalau tak percaya korang dengarlah...100 mark tuk somebody tu sebab pandai pilih lagu...:-)



3) KU ADA KAMU - ADIRA

First time aku dengar lagu ni memang best...(kecewa lagu ni tak menang AJL..)...di tambah dengan penyanyi yang cute ni membuatkan aku lagi suka lagu ni..(gurau jelah..haha)...Aku suka lagu ni sebab lirik dia sangat menyentuh perasaan..(koya gedik jap..)..pah tu lagu ni tak lah slow sangat sampai wat aku ngantuk kan..dia ada high note and lower note..kira ada naik ada turunlah..tak lah mendatar macam sesetengah lagu tuh....dahlah video klip dia ala-ala di atas kayangan kan...hukhuk..



4) CINTA TAK BERSYARAT - ELEMENT

Lagu ni first dengar meremang bulu roma...haha...(lagu background blog aku..tu yang korang dengar tu yang ni lah..haha)..lagu ni first aku dengan dalam laptop kawan..lepas tu terus aku download lah...dalam sehari dekat 50x aku ulang...haha..hebat tak...memang tak jemu lah lagu ni bia pun aku ulang sejuta kali pun..haha...credit for element...sebab telah mencuri hati aku...haha..


5) MENYESAL - 6IXTH SENSE

Jangan risau aku tak akan menyesal dengar lagu ni...haha...walaupun lagu ni ala-ala lambat kan...tapi tak pe kelambatan lagu ni aku bolih terima...haha...sebab muzik dia best....kebanyakkan lagu kumpulan 6ixth sense ni semuanya aku suka...cuma aku senaraikan yang ni lah.,..sebab lagu ni lagu yang paling latest kan...aku sure ramai yang suka lagu ni kalau tak tak kan lagu ni boleh jadi lagu drama kan..(aku tak ingat drama apa...sebab aku tak layan drama tuh...sebab aku tak suka hero tu..bajet name omputih..huh)




That it for today...mesti korang pun ada lagu-lagu yang korang suka kan...apa lagi jomlah kita share sama-sama....manalah tahu ada yang sama kan...

Tak sabar nak update blog lagi!






2 comments: